Sunday, July 5, 2009

Karangan Saya(Kegunaan perpustakaan)

Setiap sekolah mempunyai sebuah perpustakaan,begitu juga dengan sekolah saya.Perpustakaan di sekolah saya terletak di depan kantin.Perpustakaan sekolah saya sangat besar dan megah.Perpustakaan sekolah saya berhawa dingin itu memberikan keadaan yang selesa.
Perpustakaan ialah salah satu tempat untuk membaca buku.Perpustakaan juga mempunyai banyak bahan bacaan,iaitu majalah,buku cerita,surat khabar,buku rujukan dan sebagainya.Murid-murid pun dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang selesa.Murid-murid dapat memenuhkan perhatian dengan mengulang kaji pelajaran.
Murid-murid juga dapat mencari maklumat sebagai rujukan semasa mengulang kaji pelajaran.Murid-murid dapat memahami pelajaran dengan jelas.Semua murid juga boleh meminjam buku untuk dibawa pulang ke rumah.Buku yang dipinjam itu mestilah dipulangkan pada masa yang ditetapkan.
Membaca di perpustakaan boleh mengisi masa lapang dan menambahkan ilmu pengetahuan.Selain itu,taraf penguasaan bahasa dapat ditingkatkan melalui bacaan.
Di samping itu,orang yang kurang mampu membeli buku rujukan dapat dibantu kerana mereka boleh meminjam buku di perpustakaan.Peraturan di dalam perpustakaan juga boleh membentuk seseorang berdisiplin.
Saya sentiasa mengunjungi perpustakaan.Oleh itu,saya mendapat banyak faedah ketika mengunjungi perpustakaan.Saya berharap agar perpustakaan sekolah saya akan terus maju.

1 comment:

  1. begitu juga dengan sekolah saya
    可以也成
    sekolah saya juga mempunyai kemudahan tersebut
    句子会比较斯文


    Perpustakaan sekolah saya berhawa dingin itu memberikan keadaan yang selesa
    可以添加成
    perpustakaan sekolah saya yang berhawa dingin itu dapat memberikan perasaan yang selesa kepada semua warga sekolah saya.


    satu tempat untuk membaca buku
    可以添加
    salah satu tempat yang sesuai untuk membaca buku

    评语:
    整篇作文符合一定水平,如果能再添加写优美词藻,更能让它锦上添花。

    ReplyDelete