Sunday, July 12, 2009

公益广告笨篇

公益广告没用篇

今天学放图案在部落格


今天,我学到很多东西,心情就像左图的天气一样,那么的晴朗;开心...

Sunday, July 5, 2009

Karangan Saya(Kegunaan perpustakaan)

Setiap sekolah mempunyai sebuah perpustakaan yang besar.Ia berhawa dinginsupaya selesa.
Perpustakaan merupakan tempat membaca dan mencari pelbagai bahan bacaan.Di perpustakaan,kami boleh mengulang kaji pelajaran.
Selain itu,kami boleh mencari maklumat di perpustakaan.Kami juga boleh membuat rujukan.Kami boleh meminjam buku di perpustakaan.
Membaca boleh mengisi masa lapang kami dan juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.
Perpustakaan boleh membantu orang yang kurang mampu membeli buku rujukan.Di dalam perpustakaan,kami mesti mematuhi peraturan perpustakaan.Ini boleh membentuk diri kita berdisiplin.
Kami sentiasa mengunjungi perpustakaan kerana perpustakaan membawa banyak faedah kepada kita.

Karangan Saya(Kegunaan perpustakaan)

Setiap sekolah mempunyai sebuah perpustakaan,begitu juga dengan sekolah saya.Perpustakaan di sekolah saya terletak di depan kantin.Perpustakaan sekolah saya sangat besar dan megah.Perpustakaan sekolah saya berhawa dingin itu memberikan keadaan yang selesa.
Perpustakaan ialah salah satu tempat untuk membaca buku.Perpustakaan juga mempunyai banyak bahan bacaan,iaitu majalah,buku cerita,surat khabar,buku rujukan dan sebagainya.Murid-murid pun dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang selesa.Murid-murid dapat memenuhkan perhatian dengan mengulang kaji pelajaran.
Murid-murid juga dapat mencari maklumat sebagai rujukan semasa mengulang kaji pelajaran.Murid-murid dapat memahami pelajaran dengan jelas.Semua murid juga boleh meminjam buku untuk dibawa pulang ke rumah.Buku yang dipinjam itu mestilah dipulangkan pada masa yang ditetapkan.
Membaca di perpustakaan boleh mengisi masa lapang dan menambahkan ilmu pengetahuan.Selain itu,taraf penguasaan bahasa dapat ditingkatkan melalui bacaan.
Di samping itu,orang yang kurang mampu membeli buku rujukan dapat dibantu kerana mereka boleh meminjam buku di perpustakaan.Peraturan di dalam perpustakaan juga boleh membentuk seseorang berdisiplin.
Saya sentiasa mengunjungi perpustakaan.Oleh itu,saya mendapat banyak faedah ketika mengunjungi perpustakaan.Saya berharap agar perpustakaan sekolah saya akan terus maju.